Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Iran, Gazprom kerjasama bangunkan projek gas

    TEHRAN, 10 NOV – Menteri Petroleum Iran, Javad Owji, kelmarin, berkata kementeriannya telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan syarikat tenaga gergasi Rusia Gazprom membabitkan projek bernilai hampir AS$40 bilion, lapor Xinhua.

    Iran akan membuat tindakan susulan terhadap kemajuan perjanjian itu, termasuk pembinaan kompleks LNG di Iran serta pembangunan medan gas dan saluran penghantaran eksport gas Iran, agensi berita rasmi Iran, IRNA memetik Owji sebagai berkata.

    Iran telah memulakan pertukaran minyak dan produk petroleum dengan Rusia dan membincangkan kemungkinan pertukaran gas dengan Rusia, kata Owji yang berharap perjanjian itu boleh dilakukan pada musim sejuk ini.

    Timbalan Menteri Luar Iran bagi Diplomasi Ekonomi, Mehdi Safari pada Oktober berkata rancangan Iran adalah untuk mengimport gas Rusia dan mengeksport gas Iran ke pasaran asing, dengan menyatakan langkah itu akan menguntungkan negaranya apabila kos pemindahan gas Iran dari wilayah selatan negara itu ke Utara dapat dikurangkan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...