Wednesday, May 8, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Irving bantu Nets tempah tiket ke playoff

    NEW YORK, 13 APRIL – Kyrie Irving mempamerkan aksi jaringan yang hampir sempurna untuk melonjakkan pasukan Brooklyn Nets ke playoff NBA kelmarin dengan kemenangan 115-108 ke atas Cleveland Cavaliers.

    Irving jaringankan 12 daripada 15 percubaan di dalam gelanggang untuk menamatkan perlawanan dengan meraih 34 mata dan 12 assist untuk mencatat kemenangan yang menyaksikan Brooklyn mara ke siri terbaik tujuh pasukan menentang pasukan pilihan kedua, Boston Celtics, pada Ahad nanti.

    Dengan bukti persembahan kelmarin, Irving akan bermain dengan penuh keyakinan ketika dia bersiap sedia untuk menghadapi bekas kelabnya di Boston pada hujung minggu ini.

    Pemain All-Star tujuh kali yang berusia 30 tahun itu bermain dengan sempurna di dalam gelanggang hingga tiga suku pertama perlawanan tersebut, hanya terlepas cubaan menjaring pertamanya pada awal suku keempat.

    Ia adalah siri terbaharu dalam mempamerkan prestasi terbaik daripada Irving, yang belum menerima vaksin telah diketepikan daripada sebahagian besar perlawanan Brooklyn di tempat sendiri musim ini kerana peraturan COVID di New York.

    Irving dibantu oleh satu lagi persembahan hebat daripada Kevin Durant, yang menamatkan dengan 25 mata, 11 assist dan lima rebound.

    Durant diturunkan untuk bermain sepanjang perlawanan, terutamanya membantu Brooklyn mendapatkan 10 mata dengan menjaringkan mata berturut-turut selepas Cleveland yang pada satu peringkat telah ketinggalan dengan 22 mata, mengatasi pendahuluan Nets kepada hanya enam mata lewat dalam suku keempat.

    Brooklyn mendahului dari awal perlawanan hingga akhir, mendapatkan 40 mata pada suku pertama untuk membuka kelebihan 20 mata yang membuatkan Cleveland sukar mengejar mata tersebut.

    Bagaimanapun, Nash berpuas hati bahawa Brooklyn telah dapat mengesahkan kemenangan tersebut apabila Cleveland berjaya mendahului. – AFP

    Reaksi pemain Brooklyn Nets kepada aksi Andre Drummond semasa membuat jaringan dunk dalam perlawanan play-in NBA di antara Brooklyn Nets dan Cleveland Cavaliers. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...