Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Israel roboh rumah penyerang Palestin

    BAITULMAQDIS, 25 JAN – Tentera Israel kelmarin merobohkan rumah seorang lelaki bersenjata Palestin yang didakwa membunuh seorang askar wanita Israel dalam serangan tahun lepas yang mencetuskan pemburuan dan penyekatan di kawasan kejiranan Baitulmaqdis timur tempatnya tinggal.

    Menurut polis, kira-kira 300 pegawai dan tentera memasuki kem pelarian Shuafat untuk merobohkan rumah Uday Tamimi, yang menurut Israel, menjadi dalang di sebalik kejadian tembakan maut di pusat pemeriksaan pada Oktober lalu.

    Selepas serangan tembakan yang membunuh askar berusia 19 tahun itu, penyerang melarikan diri, mencetuskan pemburuan selama seminggu dan sekatan ketat di sekitar Shuafat. Sebagai sebahagian daripada pencarian, pasukan keselamatan Israel menutup pintu masuk dan keluar kem itu, menyebabkan kehidupan terhenti untuk kira-kira 60,000 penduduknya.

    Tamimi akhirnya ditembak dan terbunuh selepas melepaskan tembakan ke arah pengawal keselamatan di pintu masuk Maale Adumim, sebuah penempatan Israel yang luas di Tebing Barat timur Baitulmaqdis.

    Menteri Keselamatan Negara Israel yang baharu, Itamar Ben-Gvir, seorang ultra-nasionalis yang menyelia polis, menyambut baik perobohan itu.

    “Langkah ini sangat penting, tetapi tidak mencukupi sama sekali. Kita mesti memusnahkan semua rumah pengganas dan mengusir pengganas itu sendiri dari negara ini,” katanya dalam satu kenyataan. – AP

    Pasukan keselamatan Israel dikerahkan ke kampung Anata di timur Baitulmaqdis, kampung halaman lelaki bersenjata Palestin, Uday Tamimi, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...