Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Isu ketidakserasian BruHealth, Android diteliti

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MEI – Kementerian Kesihatan telah pun memulakan pengemaskinian aplikasi kesihatan, BruHealth hari ini, namun sebahagian para pengguna sistem operasi Android telah mengalami ketidakserasian dengan BruHealth 3.0 itu.

    Kementerian Kesihatan difahamkan bahawa pengguna sistem operasi itu telah menerima pemberitahuan mengenai ketidakserasian dengan peranti mereka.

    Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya, memaklumkan bahawa ia sedang giat meneliti perkara itu dan menasihatkan orang ramai tidak mengemaskinikan BruHealth menggunakan .apk dari sumber selain Google Play Store.

    Orang ramai juga disarankan menunggu sehingga versi terkini BruHealth tersedia di Google Play Store.

    Kementerian Kesihatan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...