Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Polis serbu kegiatan judi di kedai jahit

    Oleh Yusrin Junaidi

    TUTONG, 22 MEI – Seorang wanita warga asing berumur 49 tahun diberkas kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan perjudian loteri 4D semasa operasi yang dikendalikan oleh keanggotaan detektif Ibu Pejabat Daerah Polis Tutong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) di kawasan Kampung Lamunin, Daerah Tutong, petang kelmarin.

    Menurut PPDB, serbuan dibuat ke atas sebuah kedai jahit yang dipercayai menjalankan kegiatan mengutip taruhan perjudian loteri 4D.

    Pihak polis turut merampas beberapa barang bukti di tempat kejadian iaitu telefon bimbit, kepingan kertas taruhan berserta wang tunai yang dipercayai digunakan untuk kegiatan pertaruhan judi.

    Kesemua barang bukti berserta suspek di bawa ke Balai Polis Tutong bagi siasatan lanjut, dan kes disiasat di bawah Seksyen 4 (D) Akta Rumah Judi Terbuka Penggal 28.

    Berikutan penahanan itu, PPDB mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih atas maklumat berhubung kegiatan tersebut dan menyarankan orang ramai untuk mengongsikan sebarang maklumat mengenai kegiatan-kegiatan yang mencurigakan dengan menghubungi talian kecemasan 993.

    Antara barangan bukti dirampas oleh pihak berkuasa pada serbuan di kedai jahit tersebut. – Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...