Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Jabeur wanita Afrika pertama mara ke final terbuka AS

    NEW YORK, 9 SEPT – Ons Jabeur dari Tunisia menumpaskan Caroline Garcia dalam straight set untuk menjadi wanita Afrika pertama dalam sejarah mara ke final Terbuka AS pada Khamis.

    Pemain pilihan kelima Jabeur mendominasi Garcia dari awal hingga akhir permainan di Stadium Arthur Ashe, menang 6-1, 6-3 dalam masa hanya 1 jam 6 minit.

    Jabeur, yang turut mencipta sejarah sebagai wanita Afrika pertama mara ke final Wimbledon pada Julai, akan menentang pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek atau Aryna Sabalenka dari Belarus pada perlawanan akhir Sabtu ini.

    “Rasanya luar biasa,” kata Jabeur. “Selepas Wimbledon saya merasakan banyak tekanan dan saya benar-benar lega kerana meraih kemenangan.

    “Musim gelanggang keras ketika ini bermula sedikit teruk, tetapi saya sangat gembira kerana saya berjaya mara ke pusingan akhir di sini.”

    Kemenangan Jabeur melebarkan lagi penguasaan sepanjang kariernya ke atas Garcia.

    Pemain Tunisia berusia 28 tahun itu telah menewaskan Garcia empat kali berturut-turut sebagai pemain junior dalam acara Grand Slam, dan dua kali sebagai pemain profesional dalam Slam sebelum Khamis.

    “Saya tahu dia bermain tenis yang hebat dan itu memberi banyak tekanan kepadanya,” kata Jabeur. “Ia bukan mudah untuk saya tetapi dari segi mental saya sangat bersedia.”

    Jabeur akan menuju ke perlawanan akhir Sabtu ini dengan penuh keyakinan selepas kemenangan dominan ke atas Garcia yang kurang baik.

    Garcia, pilihan 17, telah tiba di empat terakhir selepas kemenangan berturut-turut 13 perlawanan termasuk kemenangan di acara pendahuluan Masters Cincinnati.

    Tetapi Jabeur dengan kejam merungkai impian Garcia untuk menjadi wanita Perancis pertama memenangi mahkota Terbuka AS dengan kemenangan klinikal. – AFP

    Aksi Ons Jabeur memberi tindak balas selepas memperoleh satu mata menentang Caroline Garcia, semasa perlawanan separuh akhir kejohanan tenis Terbuka AS, di New York, 8 September. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...