Friday, March 31, 2023
23.2 C
Brunei

-

Jalaluddin tahu situasi sebenar

Nama bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menjadi sebutan warganet selepas tular video memperlihatkan dirinya bertengkar dengan seorang wanita dipercayai isteri keduanya.

Justeru itu, adik kepada Musa iaitu pelakon Datuk Jalaluddin Hassan tampil menjelaskan situasi yang menimpa abangnya kerana tidak mahu orang ramai terus membuat spekulasi tidak benar berhubung kejadian itu.

Kata Jalaluddin, 69, dia cukup mengenali abangnya itu dan mengetahui konflik rumah tangga yang telah lama berlaku.

“Saya tak boleh nak komen banyak tapi saya tahu siapa abang saya dan siapa perempuan itu. Saya tahu apa yang abang saya sudah lalui selama ini.

“Apa yang abang saya lalui sejak berkahwin dengan dia, saya tahu. Abang saya seorang yang bertanggungjawab, dia tidak pernah abai nafkah pada isteri dan anak-anak,” katanya kepada mStar.

Jalaluddin berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa tayangan perdana Astro Original Liar yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Dalam pada itu, Jalaluddin memberitahu kes itu kini dalam siasatan polis dan status perkahwinan abangnya itu juga sedang dalam proses penyelesaian.

Berkongsi lanjut mengenai keadaan Musa, pelakon veteran ini memberitahu abangnya meluahkan rasa syukur kerana segalanya sudah terbongkar dan kemelut bakal berakhir tidak lama lagi. – Agensi

Jalaluddin anggap Musa abang yang baik. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Otai impi meluncur ombak hingga usia 100

FUJISAWA, JEPUN, 30 MAC – Seorang warga emas membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti meluncur ombak. Seiichi Sano mula meluangkan...
- Advertisment -