Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Jalan santai galak aktiviti sihat

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Lebih 60 orang penduduk telah menyertai Jalan Santai Sejauh 2.5km semasa Lambak Ku Ceria yang berlangsung di Padang Sekolah Rendah Datu Mahawangsa, Lambak, kelmarin.

    Lambak Ku Ceria dianjurkan oleh Kampung Lambak A, Kampung Lambak B, Persatuan Perbekal, Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Lambak dan Sekolah Rendah Datu Mahawangsa dengan tujuan untuk menyatupadukan penduduk seterusnya mengeratkan silaturahim antara ahli jawatankuasa penganjur bersama penduduk kampung.

    Ia juga merupakan salah satu usaha untuk menggalakkan semua peringkat masyarakat untuk turun padang melalui aktiviti riadah bersukan dan memberigakan kesihatan yang sihat melalui mengikuti kegiatan sukan.

    Acara terdahulu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat sebelum senaman memanaskan badan dan aktiviti berjalan santai melalui jalan sekitar Kampung Lambak, Berakas.

    Ia juga dimeriahkan dengan pertandingan Penalti yang paling jauh.

    Gambar ramai antara penduduk kampung yang menyertai acara riadah berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...