Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 NOV – Sebagai tanda sokongan bagi Minggu Kesedaran Antimikrob Sedunia (WAAW), Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) telah dinyalakan dengan lampu berwarna biru.
WAAW disambut pada 18 hingga 24 November setiap tahun dengan tema bagi tahun ini adalah ‘Mencegah Kerintangan Antimikrob Bersama’.
Antimikrob adalah ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan kuman bakteria, virus, kulat dan parasit. Akan tetapi, rintangan antimikrob muncul disebabkan penyalahgunaan ubat-ubat berkenaan.
Rintangan antimikrob telah mengancam keberkesanan ubat-ubat tersebut dalam mencegah dan merawat jangkitan kuman bakteria, virus, kulat dan parasit.
