Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    James Milner tandatangani kontrak baharu bersama Liverpool

    LONDON, 7 JUN – Pemain tengah veteran, James Milner menandatangani kontrak selama setahun bersama Liverpool, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab Liga Perdana tersebut, kelmarin.

    Sejak menyertai pasukan berkenaan melalui perpindahan percuma pada tahun 2015, Milner telah membantu pasukan Jurgen Klopp memenangi enam kejuaraan utama, termasuk dengan perlawanan Liga Juara-juara dan Liga Perdana.

    Pada musim 2021 dan 2022, Liverpool bercita-cita untuk menggondol empat piala selepas menjuarai kedua-dua perlawanan nasional tetapi menamatkan kempen tersebut kerana kekurangan satu mata dengan juara Liga Perdana, Manchester City dan tewas kepada Real Madrid dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

    Sementara itu, kontrak Milner yang akan tamat pada hujung bulan ini, telah membuat penampilan dalam 289 perlawanan dan menjaringkan 26 gol sejak tiba di Anfield dari Manchester City.

    Dia membuat 39 penampilan pada musim lalu, walaupun hanya 14 penampilan daripadanya sebagai pemain kesebelasan utama, dan telah dilaporkan ia juga setuju menerima kontrak dengan beberapa syarat peribadi dikurangkan.

    Bekas pemain tengah England berkenaan memahami bahawa dia telah menolak tawaran daripada pihak Liga Perdana dan antarabangsa agar dapat menetap di Anfield.

    Selain itu, Milner telah membuat penampilan sulungnya dalam Liga Perdana untuk Leeds pada tahun 2022, beraksi sebagai pemain pertahanan dan tengah di bawah kendalian Klopp.

    “Saya sangat senang jika boleh bertahan untuk satu lagi musim,” katanya menerusi laman sesawang Liverpool.

    “Saya tidak pernah mengambil kesempatan ketika bermain untuk pasukan ini dan saya tidak sekali-kali akan melakukannya,” tambahnya. – AFP

    Gambar fail menunjukkan James Milner semasa sesi latihan di Stadium Saint Denis, Perancis, sebelum perlawanan antara Liverpool dan Real Madrid pada 27 Mei 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...