Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    ‘Jangan beri alasan kesusahan keluarga untuk buat jenayah’

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 SEPT – Mahkamah Tinggi telah menolak rayuan pesalah kastam pada Ogos lalu, atas alasan bahawa kesusahan keluarganya bukanlah faktor untuk hukuman diringankan, sebaliknya ia adalah akibat perbuatan jenayahnya.

    Chong Foh Hin diperintahkan oleh Mahkamah Majistret pada 13 Januari lalu untuk menyelesaikan denda $150,200 atau penjara 33 bulan jika gagal membayar denda tersebut selepas mengaku bersalah memiliki 153 karton rokok seludup dan 409 botol minuman keras seludup.

    Pesuruhjaya Kehakiman Haji Abdullah Soefri bin POKSM DSP Haji Abidin mendapati hukuman itu wajar bagi kesalahan yang dilakukan, ditambah pula dengan fakta bahawa Chong mengaku telah merancang menjual barang seludup itu dan mencari nafkah untuk menyara keluarganya.

    Mahkamah menekankan defendan secara terang-terangan tidak mempedulikan undang-undang.

    Mahkamah berpendapat adalah munasabah untuk penalti dikaji semula jika statistik menunjukkan terdapatnya peningkatan dalam kesalahan yang dilakukan.

    Timbalan Pendakwa Raya Nor’Adliatul Hidayah Haji Mohd Zaidi mewakili pendakwa raya bagi responden.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...