Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Jangan salah guna perkhidmatan kesihatan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 FEB – Kementerian Kesihatan menegaskan kepada orang ramai untuk tidak menyalahgunakan talian Ambulans 991 iaitu Perkhidmatan Kecemasan Ambulans semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Perkara itu telah ditekankan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa sidang berkenaan. Perkara yang dimaksudkan adalah isu-isu bukan kecemasan atau mengambil kesempatan terhadap kakitangan ambulans dengan meminta mereka untuk melakukan ujian ART bagi ahli-ahli keluarga pesakit apabila

    Perkhidmatan Kecemasan Ambulans datang untuk memindahkan kes-kes positif COVID-19 ke pusat-pusat pengasingan.

    Menurut Yang Berhormat Dato, perkara tersebut akan mengganggu pemberian perkhidmatan dan boleh menyebabkan kelambatan khususnya apabila bantuan kecemasan diperlukan.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan dalam kenyataannya meminta kepada orang ramai untuk memahami keadaan tersebut dan kerjasama semua pihak dalam perkara itu adalah sangat-sangat diharapkan, tambahnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...