Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Sumbangan amal ringankan beban

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar Bahyiah Bakir & Kedutaan Republik Islam Iran

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 FEB – Program sumbangan Amal Jiwaku Ikhlas edisi ke-11 sempena Ulang Tahun ke-43 Kemenangan Revolusi Islam dan Hari Kebangsaan Iran, Hubungan Diplomatik antara Republik Islam Iran dan Negara Brunei Darussalam ke-28 tahun dan Hari Kebangsaan ke-38 Brunei Darussalam diteruskan lagi hari ini.

    Acara didahului dengan penyampaian sijil kepada tetamu kehormat dan penaja berlangsung di Kedutaan Republik Islam Iran,di Kampung Kiarong.

    Hadir menyaksikan acara itu ialah Duta Besar Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Dr Sujatmiko dan Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Mislee bin Haji Abdul Karim.
    Acara tersebut dianjurkan oleh Kedutaan Republik Islam Iran dan Kris Karmila Kreations dengan kerjasama Rejimen Simpanan Melayu Diraja Brunei.

    Manakala penajanya terdiri daripada Krispy Krunchiez, komuniti Iran di Brunei Darussalam, The Persian Gallery, MENM Silk Road Trading Company, Superwater Marketing Sdn Bhd, Kedai Jam Brunei, CJMM Company Furniture, Dapur Qisk Company, Brunei Food Association(BFA).

    Duta Besar Republik Islam Iran ke Brunei, Puan Yang Terutama Homeira Rigi, dalam ucapannya, berbesar hati dan berterima kasih kepada Pengurus Projek Jiwaku Ikhlas, Hajah Kris Karmila Kreations dan Pegawai Pemerintah Rejimen Askar Simpanan Melayu Diraja Brunei, Leftenan Kolonel Muhd Suradzin bin Haji Muhd Yusof dan penaja-penaja program khas ini.

    Beliau seterusnya menjelaskan, pada tahun ini sambutan Hari Kebangsaan Republik Iran ditiadakan disebabkan gelombang ketiga COVID-19 di negara ini dan sebaliknya telah membuat acara amal.

    “Kita berdoa kepada Allah SWT supaya dengan keberkatan amal soleh ini, rakyat negara Iran dan Brunei dilindungi daripada wabak ini,” tambahnya.

    Katanya lagi, “Projek amal ini adalah sebagai usaha membantu meringankan beban 32 buah keluarga dari latar belakang yang berbeza selain mempunyai anak kurang upaya yang mendapat bantuan di Pusat Bahagia”.

    Antara barangan yang disumbangkan seperti kerusi roda, mangkuk dan tempat duduk tandas, 8,000 pelitup muka, lampin dewasa, pakaian, barangan makanan dan lainnya.

    PYT Homeira Rigi menyerahkan sumbangan kepada penerima semasa program berkenaan.
    PYT Homeira Rigi bersama hadirin semasa sesi bergambar ramai sebelum mengunjungi rumah penerima sumbangan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...