Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MAC – Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Sungai Besar, malam tadi, telah menganjurkan Ceramah Fiqh Solat yang berlangsung di masjid itu.
Ceramah berkenaan memberi peluang kepada jemaah masjid meningkatkan ilmu dan mendalami keberkesanan solat menurut Kaifiat Solat Mazhab Al-Syafi’i, Ceramah telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pengkajian Jawi dan Kitab Turath (PPPJKT), KUPU SB, Dr Haji Mohd Shahrol Azmi bin Haji Muluk yang menekankan bahawa menjadi kewajiban setiap individu menyempurnakan sembahyang dengan betul.
“Kita perlulah menjaga rukun-rukun solat dan melaksanakan setiap gerakan dalam solat dengan tertib seperti yang dianjurkan oleh Mazhab Al-Syafi’I.
“Rukun-rukun mesti dilakukan dengan betul di samping amalan-amalan yang disunatkan sepanjang mendirikan solat,” tambahnya.
Antara yang hadir pada majlis itu ialah Penasihat Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Sungai Besar, Haji Mohiddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid dan jemaah masjid.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2022/03/P9-2Ceramah-4_17032022.jpg)