Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Rosyam gembira kucing kesayangan sudah kembali

    Pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Rosyam Nor, menitipkan penghargaan buat semua pihak yang telah membantu menularkan berita mengenai kehilangan kucing kesayangannya, Midnight.

    Perkara tersebut dikongsikan pelakon filem popular KL Gangster itu menerusi entri Instagram miliknya.

    Dalam pada itu, Rosyam juga menzahirkan kesyukuran kerana kucingnya itu sudah kembali ke pangkuannya selepas dua minggu menghilang.

    “Dah jumpa! Dua minggu menghilang. Midnight kucing saya sudah kembali ke pangkuan keluarga. Alhamdulillah.

    “Terima kasih @mstaronlineofficial dan @koleksiviral kerana tularkan kucing saya hilang. Terima kasih juga saudara Wann kerana bersusah payah mencari nombor telefon saya melalui @finasmalaysia.

    “Terima kasih Datin Dr. Rozana kerana sudi menjaga dan memberi makan kepada Midnight. Terima kasih juga pada semua yang mendoakan. Terima Kasih Allah. Hilang sedih selama dua minggu,” kongsinya di Instagram.

    Pemerhatian media mendapati, ruangan komen dibanjiri reaksi rata-rata warganet dan rakan artis yang turut menzahirkan rasa kesyukuran.

    “Syukur Alhamdulillah, Amin,” komen pelawak Ropie.

    “Alhamdulillah, gigit dia satu kali Datuk. Amboi, besar sangat tu,” komen seorang warganet. – Agensi

    Rosyam Nor, menitipkan penghargaan buat semua pihak yang telah membantu menularkan berita mengenai kehilangan kucing kesayangannya, Midnight. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...