Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Jenazah pendaki terkenal disemadikan

    KATHMANDU, 2 OKT – Jenazah pendaki gunung terkenal Amerika Syarikat (AS) Hilaree Nelson, yang meninggal dunia d kemuncak Manaslu, Nepal, disemadikan dalam upacara pembakaran berdekatan stupa Buddha di Kathmandu hari ini.

    Mayat Nelson ditemui di cerun gunung kelapan tertinggi di dunia pada Rabu, dua hari selepas hilang ketika dia meluncur turun dari kemuncaknya.

    Sami membaca doa dan memainkan dram tradisional ketika keluarganya dan rakan-rakan pendaki menabur bunga dan skarf tradisional Buddha di atas jenazahnya.

    “Upacara pembakaran diadakan hari ini, dihadiri oleh abang, pendaki dan pegawai lain,” beritahu Jiban Ghimire dari Shangri-La Nepal Trek, yang menganjur ekspedisi, kepada AFP.

    Nelson, 49, dianggap sebagai salah seorang pendaki gunung ski paling berbakat di dunia dan telah terbabit dalam puluhan ekspedisi di seluruh dunia.

    Satu dekad lalu, dia menjadi wanita pertama yang mendaki gunung tertinggi di dunia, Everest, dan kemuncak bersebelahan Lhotse dalam selang masa 24 jam. – AFP

    Ahli keluarga dan kawan mengusung jenazah pendaki gunung Hilaree Nelson sebelum upacara pembakaran di Kathmandu kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...