Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Tekanan saluran paip Nord Stream 1 stabil

    HELSINKI, 2 OKT – Pihak berkuasa di Denmark berkata pada hari ini bahawa saluran paip gas Nord Stream 1 telah berhenti bocor, sehari selepas pegawai berkata bahawa saluran paip Nord Stream 2 yang pecah juga nampaknya telah berhenti bocor.

    Syarikat Nord Stream AG memaklumkan Agensi Tenaga Denmark bahawa tekanan stabil kini nampaknya telah dicapai pada saluran paip Nord Stream 1.

    “Syarikat Nord Stream AG telah memaklumkan kepada Agensi Tenaga Denmark bahawa tekanan stabil kini nampaknya telah dicapai pada dua saluran paip Nord Stream 1. Ini menunjukkan bahawa letupan gas daripada dua kebocoran terakhir kini juga telah selesai,” jelas agensi Denmark di akuan twitter pada Ahad. Agensi Denmark berkata pada Sabtu, saluran paip gas asli Nord Stream 2 yang pecah di Laut Baltik nampaknya telah berhenti membocorkan gas asli.

    Letupan bawah laut yang merosakkan saluran paip Nord Stream I dan 2 minggu ini telah mencetuskan kebocoran gas metana yang besar. Penyiasat Nordic berkata letupan itu melibatkan beberapa ratus paun bahan letupan.

    Presiden Rusia Vladimir Putin pada Jumaat menuduh Barat mensabotaj saluran paip yang dibina Rusia, satu tuduhan yang dinafikan sekeras-kerasnya oleh Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya.

    Pertikaian AS-Rusia berterusan pada mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB di New York yang dianjurkan oleh Rusia mengenai serangan saluran paip dan ketika penyelidik Norway menerbitkan peta yang mengunjurkan bahawa kepulan gas metana yang besar daripada saluran paip yang rosak akan bergerak ke kawasan yang besar di wilayah Nordic. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...