Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Jepun longgarkan sekatan sempadan

    TOKYO, 17 FEB – Jepun hari ini mengumumkan bahawa ia akan melonggarkan kawalan sempadan yang ketat kerana COVID-19 dengan meningkatkan jumlah orang yang dibenarkan masuk setiap hari dan mengurangkan keperluan kuarantin susulan kritikan meluas ke atas dasar tidak saintifik dan xenofobianya.

    Perdana Menteri Fumio Kishida mengatakan kemasukan harian akan ditambah kepada 5,000 termasuk bagi warga Jepun dan penduduk asing, daripada jumlah semasa 3,500 bermula 1 Mac ini.

    Keputusan itu merupakan berita baik bagi ilmuwan warga asing, pelajar pertukaran dan pengembara perniagaan yang sebelum ini tidak dapat memasuki negara itu, namun ketetapan itu mengecualikan pelancong.

    “Ia tidak realistik melonggarkan semua langkah sekali gus,” kata Kishida. Menurutnya, Jepun akan mengkaji bila ia akan membenarkan pelancong asing memasuki negara itu dan secara beransur-ansur melanjutkannya kepada kemasukan bukan pelancong. Beliau bagaimanapun tidak memberikan garis masa.

    Menurutnya, orang yang memasuki negara itu perlu memenuhi syarat kuarantin dengan ujian COVID-19 negatif. Mereka yang mendapat dos penggalak akan disingkatkan tempoh kuarantin kepada tiga hari sahaja berbanding selama tujuh hari pada masa ini, manakala mereka yang masuk ke negara itu dari kawasan yang mencatatkan jumlah jangkitan Omicron yang sedikit, boleh dikecualikan pengasingan diri. – AP

    Kelihatan orang ramai di kawasan Kabukicho, daerah hiburan Tokyo, 17 Februari. Jepun mengumumkan sedikit kelonggaran dalam kawalan sempadannya selepas menerima kritikan meluas terhadap dasar ketatnya. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...