Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    Lebih 100 sertai hari terbuka BILIF

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 FEB – Lebih 100 peserta daripada organisasi-organisasi di bawah sektor awam dan swasta menyertai BILIF Virtual Open Day 2022 dengan bertemakan, Professional Development through Learning, anjuran Institut Kepimpinan dan Kewangan Islam Brunei (BILIF) yang diadakan secara maya, baru-baru ini.

    Hadir semasa majlis tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif BILIF, Hajah Sufinah binti Haji Sahat, dalam ucapannya antara lain mengetengahkan komitmen BILIF dalam menyumbang kepada pembangunan modal insan negara dengan menyediakan program-program berkualiti tinggi.

    Selain daripada pensijilan profesional dengan kerjasama institusi-institusi tempatan dan antarabangsa yang bereputasi tinggi. Pada hari terbuka berkenaan, BILIF menampilkan pakar-pakar serta pengamal-pengamal industri tempatan dan antarabangsa yang membincangkan idea dan topik-topik berkaitan dengan kepimpinan, kewangan Islam dan pembangunan profesional.

    Sementara itu, segmen pertama bagi acara berkenaan merupakan sebuah perbincangan forum bertajuk Lifelong Learning for Career Development yang telah dikendalikan oleh Timbalan Ketua, Sumber Manusia Kumpulan dan Ketua Pembelajaran dan Pembangunan, Kumpulan Bank Baiduri, Chiam Chin Hui. Turut hadir semasa perbincangan tersebut, Pengarah Eksekutif, Pengurusan Monetari, Bank Pusat Brunei Darussalam (BDCB), Hajah Nurhuaida Fakhriah binti Haji Damit dan Pengarah Pembangunan Perniagaan, The London Institute of Banking and Finance (LIBF), Ang Kar Wee.

    Manakala bagi segmen kedua pula, menampilkan sesi perkongsian bertajuk Leadership Journey oleh dua peserta lepasan program Senior Executive Advanced Leadership (SEAL), BILIF iaitu Ketua Pejabat Pembiayaan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Dr Awang Mohd Aidil Yusrie bin Shari dan Pengurus Kanan, Hal Ehwal Maritim Serantau dan Antarabangsa, Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Negara Brunei Darussalam, Dayang Salmaya Rahayu binti Salleh.

    Sesi tersebut diikuti dengan pembentangan ringkas mengenai pembangunan profesional secara berterusan yang disampaikan oleh Pengarah Program, Pembangunan Eksekutif, Singapore Management University (SMU), Dr Flocy Joseph. Sementara itu pada segmen terakhir pula dimulakan dengan sesi perkongsian mengenai kewangan Islam oleh Ketua Unit, Pendidikan dan Latihan Eksekutif, International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA), Awang Sarafuddin Abdul Syahid Andrew Jackson Sowell dan Associate, Kewangan Syariah, BDCB, Awang Muhd Zul Hamzi Faiz bin Haji Mohd Zali.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...