Monday, May 6, 2024
30.5 C
Brunei

    -

    Jepun rancang beli peluru berpandu Tomahawk

    TOKYO, 30 NOV – Jepun merancang membeli sehingga 500 peluru berpandu krus Tomahawk AS sehingga tahun fiskal 2027 bagi meningkatkan keupayaan serangan balas negara, lapor Sputnik.

    Pada hari ini, akhbar Jepun Yomiuri Shimbun memetik sumber kerajaan bahawa Tokyo sedang mengubah suai peluru berpandu permukaan-ke-kapal Jenis 12 untuk mengukuhkan keupayaan serangan balasnya dalam program pembangunan peluru berpandu tindak balas, yang akan membolehkan tentera Jepun mencapai sasaran di luar jangkauan pertahanan musuh, kata laporan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...