Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Jepun tidak gentar dengan ujian Jerman

    DOHA, 22 NOV – Jepun tidak takut dengan Jerman dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia pada 23 November, jam 9 malam nanti, kata penyerang Jepun, Takuma Asano.

    Tuan rumah, Qatar kalah 2-0 kepada Ecuador dalam perlawanan pembukaan pada Ahad, manakala Iran kalah 6-2 kepada England keesokan harinya.

    Penyerang Jepun, Asano percaya Jepun tidak akan berakhir dengan nasib yang sama semasa mereka berdepan Jerman dalam Kumpulan E dan menyatakan the Blue Samurai ‘tiada apa untuk ditakuti’.

    “Semestinya terdapat perbezaan tahap pasukan Asia berbanding Eropah dan Amerika Selatan. Tetapi awda tidak tahu apa akan terjadi dalam kejohanan seperti ini. Awda perlukan pelbagai kualiti seperti teknik dan taktik, namun pemain senior memberitahu saya apa yang penting ialah untuk bekerja sebagai satu pasukan.”

    Jepun mempunyai lapan orang pemain di kelab Bundesliga dalam skuad Piala Dunia dan mereka menegaskan bahawa pasukan itu tidak akan berasa kekurangan menentang Jerman di Doha.

    Pemain pertahanan, Takehiro Tomiyasu, yang bermain dalam Liga Perdana Inggeris untuk Arsenal, berkata Jepun perlu menjadi pragmatik tetapi mengaku keutamaan mereka ialah untuk tidak membolosi gol.

    “Saya tak rasa kita perlu terlalu hormat kepada mereka. Semestinya kita perlu menjadi realistik,” kata Tomiyasu.

    Jepun juga bakal bertemu Costa Rica dan Sepanyol dalam Kumpulan E. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...