Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Jerayawara beriga pengambilan baharu ITQSHHB

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BELAIT, 25 JULAI – Program jerayawara bagi pengambilan baharu peringkat menengah Tahun 7 Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) sesi pengajian 2023 diteruskan lagi hari ini di Sekolah Arab Belait, Jalan Singa Menteri, Kuala Belait.

    Hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar ITQSHHB, Haji Mohammad Khairil Faizal bin Haji Awang Bakar. 

    Majlis turut dihadiri oleh pegawai-pegawai, guru dan kakitangan serta pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah yang dijemput iaitu dari Sekolah Arab Belait, Sekolah Ugama Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, Sekolah Ugama Pengiran Setia Jaya Pengiran Abdul Momin dan Sekolah Ugama Sayyidina Ali.

    Jerayawara tersebut diadakan bagi memberigakan kepada orang ramai bahawa pengambilan pelajar-pelajar baharu untuk memasuki institut berkenaan telah dibuka sejak 13 Jun lalu dan akan berakhir pada 13 Ogos depan.

    Selain itu, ia diadakan untuk memperkenalkan kepada orang ramai bahawa ITQSHHB merupakan sebuah institusi ilmu Al-Quran yang mampu melahirkan Huffaz Al-Quran yang pandai menghafaz ayat-ayat suci Al-Quran, selain itu, institut berkenaan juga menawarkan pelbagai bidang akademik seperti pengajian Islam, sains dan teknologi.

    Antara pelajar yang menghadiri jerayawara mengenai ITQSHHB di Sekolah Arab Belait. – Gambar oleh Daniel Lim
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...