Monday, May 20, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Jerayawara kongsi visi One ASEAN One Response

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JUNOne ASEAN One Response merupakan sebuah mekanisme yang diumumkan pada 2016 dengan matlamat untuk membawa bersama kesemua ASEAN apabila bertindak terhadap bencana besar sama ada di dalam atau di luar rantau.

    Dalam hubungan itu, jerayawara berkenaan diharap akan dijadikan sebagai platform bagi perkongsian pengetahuan mengenai visi One ASEAN One Response dan membincangkan cara untuk mengatasi cabaran-cabaran yang ada dalam menangani bencana.

    Perkara itu antara yang disentuh oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan) di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Dayang Nor Hamidah binti Haji Hamidon dalam ucapannya pada Jerayawara One ASEAN One Response yang berlangsung di Beribi, hari ini.

    Beliau juga berharap jerayawara berkenaan akan dapat memberikan pemahaman yang menyeluruh kepada agensi-agensi berkepentingan yang hadir mengenai mekanisme-mekanisme One ASEAN One Response dan United Nations Disaster Management and Response serta memberikan sokongan dan komitmen sebagai Satu ASEAN bagi mencapai objektif serantau selaku pemimpin global dalam pengurusan bencana.

    Dayang Nor Hamidah dalam ucapannya lagi juga mengongsi bahawa sebagai salah satu komitmen negara kepada visi berkenaan adalah untuk mempunyai anggota ASEAN Emergency Response and Assessment Team (ERAT), di mana sehingga kini, jumlah anggota bagi pasukan ASEAN ERAT Negara Brunei Darussalam telah meningkat kepada 29 orang daripada agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

    Dayang Nor Hamidah menyampaikan ucapannya semasa Jerayawara One ASEAN One Response yang berlangsung di Beribi, kelmarin.
    Di antara yang menghadiri Jerayawara One ASEAN One Response yang berlangsung di Beribi, hari ini.
    Dayang Nor Hamidah bergambar ramai bersama antara yang hadir semasa jerayawara berkenaan.

    Sehingga kini, ASEAN ERAT Brunei telah dikerahkan untuk membantu dalam 12 operasi bencana dan pengerahan ke Myanmar semasa siklon tropika Mocha merupakan pengerahan terbaharu pada Mei lalu.

    Jerayawara itu dihadiri oleh kira-kira 60 orang yang terdiri daripada perwakilan dari agensi-agensi yang berkepentingan iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kesihatan, ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Kementerian Pertahanan, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Brunei Darussalam, Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) dan Sukarelawan Belia Brunei Darussalam.

    Turut hadir ialah Pengarah Bahagian Korporat AHA Centre, Somsanith Ninthavong,
    penceramah jemputan dari AHA Centre, Sekretariat ASEAN dan Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (UNOCHA) serta ketua-ketua jabatan di bawah KHEDN.

    Semasa jerayawara berkenaan, taklimat mengenai National Disaster Management Response Mechanism telah disampaikan oleh Pegawai Pengurusan Bencana Kanan, Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC), Dayang Rina Nurhafizah Rezza binti Abdul Rani dan taklimat mengenai ASEAN Agreement on Disaster Management and Emergency Response (AADMER) telah disampaikan oleh wakil dari Bahagian Bantuan Kemanusiaan dan Pengurusan Bencana, Sekretariat ASEAN, Abdul Aleem Siddiq secara maya.

    Jerayawara itu merupakan salah satu aktiviti di bawah Program Kerja AADMER 2021-2025 dan diketengahkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa ASEAN bagi Pengurusan Bencana Kumpulan Kerja mengenai Kesiapsiagaan, Tindak Balas dan Pemulihan (ACDM WG PRR) ke-4 pada Ogos 2022.

    NDMC juga telah menjemput Pejabat UNOCHA untuk menyampaikan kesalingoperasian antara pihak PBB dan ASEAN semasa bertindak balas terhadap bencana khususnya mekanisme dan operasi antara ASEAN-ERAT dan United Nations Disaster Assessment and Coordination (UNDAC).

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...