Wednesday, May 8, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Perkayakan minda kanak-kanak melalui pendidikan

    Gambar Xinhua

    NONGYONG – Meng Lidan akan menduduki peperiksaan kemasukan kolej kebangsaan bulan ini, dengan tujuan untuk menjadi seorang guru di kampungnya, Nongyong, yang pernah menjadi salah satu kawasan paling miskin di wilayah autonomi Guangxi Zhuang, selatan China.

    Dia ingin memperkayakan minda kanak-kanak dan membantu mereka memahami bagaimana pendidikan boleh mengubah kehidupan mereka.

    Pada 2012, Meng dan rakan sekelasnya di Sekolah Rendah Nongyong menjadi tajuk utama negara apabila gambar mereka mendaki tangga sementara dan mendaki tebing setinggi 10 meter di kampung Nongyong, Daerah Autonomi Dahua Yao, Hechi, Guangxi, dalam perjalanan pulang dari sekolah, telah diterbitkan.

    Pada tahun 2014, sebuah terowong telah dibina melalui tebing tersebut untuk menghubungkan kampung itu ke Sekolah Rendah Nongyong. Sebuah asrama juga dibina di sekolah tersebut.

    Sepanjang dekad yang lalu, Daerah Dahua telah mengalami perubahan yang luar biasa.

    Mengetuai sekumpulan kanak-kanak, Meng Lidan melintasi laluan gunung dalam perjalanan ke sekolah pada 2012; pelajar darjah 12 yang menghadiri majlis di Sekolah Menengah Atas Daerah Dahua bulan lepas.
    Meng Rouyu membawa adiknya Meng Xuanpeng yang berusia 10 tahun pada Julai 2012. Meng Rouyu kini 21, masih menjaga adiknya yang berusia 12 tahun.

    Dengan mengeluarkan pelaburan sebanyak 830 juta yuan (AS$116.94 juta), pihak berkuasa Daerah Dahua telah membina dan menambah baik lebih daripada 1,500 batang jalan, membolehkan akses ke setiap kampung di kawasan pergunungan.

    Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan tempatan telah memperuntukkan dana dan sumber untuk memperbaiki persekitaran kehidupan melalui pelbagai langkah, termasuk pemindahan semula penempatan, penambaikan bangunan usang dan pembinaan jalan.

    Sementara itu, Meng dan bekas rakan sekelasnya telah memasuki fasa yang menggembirakan dalam hidup mereka, apabila peluang baharu menanti.

    Sebahagian daripada mereka telah melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi, manakala yang lain telah mendapatkan pekerjaan di bandar-bandar besar. Terdapat juga beberapa orang yang memilih untuk pulang ke kampung.

    Pengalaman mereka menunjukkan betapa banyak perubahan kehidupan hasil daripada program pembasmian kemiskinan dan pembangunan luar bandar negara. – ANN/China Daily

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan catat suhu paling panas pada April

    SEOUL, 7 MEI - Korea Selatan mengalami April terpanas sejak rekod komprehensif bermula pada 1973, kata agensi cuaca hari ini, dengan purata suhu harian...