Tuesday, May 21, 2024
25.1 C
Brunei

    -

    15 ahli BERSATU ke Pattaya sertai SIGA

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 APRIL – Seramai 15 orang ahli Persatuan Bekas Peserta Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (BERSATU) telah berlepas ke Pattaya, Thailand bagi menghadiri Perhimpunan Agung Antarabangsa Program Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SIGA) yang akan bermula esok hingga 4 Mei.

    Rombongan diketuai oleh Yang Di-Pertua Persatuan BERSATU, Hajah Rosmawatiniah binti PA Haji Ibrahim dan diturut disertai oleh Setiausaha Agung, Haji Mohamad Paizzal bin Haji Piluk; Bendahari Agung, Dayang Norhayati Nordin; Ketua Pengarah, Awang Zulhardie Hamdan, beberapa orang pengarah dan ahli-ahli persatuan.

    Perhimpunan tersebut akan membincangkan program-program yang akan dihadiri oleh peserta kapal belia berkenaan pada November nanti di samping membuat perancangan dan perbincangan program-program alumni di setiap negara anggota ASEAN dan Jepun.

    Pada tahun ini, Timor-Leste akan mengikuti program kapal belia tersebut sebagai pemerhati sebelum menghadiri secara penuh pada 2025.

    Program selama 38 hari tersebut akan bermula dari Jepun menggunakan kapal persiar seterusnya akan singgah d Vietnam, Indonesia sebelum kembali ke Jepun.

    Gambar ramai ahli-ahli BERSATU sebelum berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...