Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Jerman gah jatuhkan Itali dari puncak A3

    BERLIN, 15 JUN – Jerman berjaya meraih kemenangan terbesar mereka menentang juara Eropah, Itali ketika Timo Werner menjaringkan dua gol untuk mencatatkan kemenangan 5-2, kelmarin.

    Keputusan dalam perlawanan di Moenchengladbach itu menyamai kemenangan Jerman 5-2 ke atas The Azzuri di Stadium Olympic, Berlin pada 1939.

    Gol awal oleh Joshua Kimmich dan gol penalti daripada Ilkay Gundogan di Stadium Borussia Park meletakkan pasukan tuan rumah mendahului 2-0 sebelum memasuki separuh masa kedua.

    Thomas Mueller menjaringkan gol ke-44 untuk Jerman selepas pemain veteran itu membuat penampilan ke-116 bersama pasukan kebangsaan sebelum Werner berjaya menjaringkan dua gol.

    Sementara itu, gol sagu hati berjaya dicipta buat pasukan Itali melalui penyerang berusia 18 tahun, Wilfried Gnonto dan pemain Inter Milan, Alessandro Bastoni.

    Aksi Ilkay Gundogan mengawal bola melepasi pertahanan pemain Itali semasa perlawanan Liga Negara-Negara UEFA antara Jerman dan Itali di Stadium Taman Borrusia, Jerman. – AFP

    Hasil keputusan itu menyaksikan Jerman mara ke tangga kedua dalam Kumpulan A3 sementara Itali, bekas pendahulu dalam kumpulan itu jatuh ke tempat ketiga, manakala Hungary berada di puncak carta selepas menewaskan England 4-0 di Wolverhampton.

    Terdahulu, Jerman hanya mampu menyamakan kedudukan seri 1-1 selepas dibantu oleh gol lewat daripada Kimmich apabila kedua-dua pasukan itu terakhir kali bertemu ialah di Bologna pada awal Jun, tetapi pencapaian kini menunjukkan prestasi permainan mereka bertambah baik.

    Roberto Mancini menerima padah setelah membuat sembilan perubahan dari pasukan yang beraksi menentang England pada minggu lalu, yang memutuskan Gianluigi Donnarumma dan David Frattesi mengekalkan posisi mereka dalam barisan percubaan itu.

    Manakala itu, jurulatih Jerman, Hansi Flick pula membuat lima perubahan pada pasukan yang sebelum ini menentang Hungary di Budapest pada Sabtu lalu ketika Gundogan berjaya mendapatkan peluangnya setelah dia kembali ke pasukan tersebut.

    Jerman mendahului perlawanan apabila Werner dan David Raum bergandingan untuk memberikan Kimmich peluang menjaringkan gol pada minit ke-10 perlawanan.

    Werner membelasah pasukan pelawat dengan menambah dua lagi gol dalam masa seminit, dengan Serge Gnabry memberikan bantuan selepas membolosi pertahanan Itali. – AFP

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...