Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Johnathan optimis prestasi skuad menembak meningkat

    KUALA LUMPUR, 28 APRIL – Pembidik berpengalaman, Johnathan Wong meletakkan keyakinan bahawa persiapan yang lebih rapi pada kali ini mampu meningkatkan pencapaian skuad menembak di Sukan SEA Hanoi, bermula 12 hingga 23 Mei ini.

    Atlet menembak berusia 29 tahun itu yang akan membuat penampilan keenam di Sukan SEA, mengakui bahawa persediaan pasukannya bukan sahaja meningkat dari segi teknikal malah meliputi aspek sains sukan.

    “Kali ini pasukan ISN (Institut Sukan Negara) ikut kita sekali ke latihan berfasa, jadi kita dapat membuat persiapan dari segi fizikal, psikologi dan pada masa sama biomekanik. Saya berharap ia dapat memberikan kelebihan untuk keseluruhan pasukan untuk capai matlamat.

    “Sasaran utama adalah dari segi mata yang saya akan cuba capai, kerana format baharu ini mempunyai pusingan kelayakan dan separuh akhir ke final, jadi persiapan kita turut merangkumi persiapan untuk final,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

    Johnathan akan beraksi dalam acara 10m air pistol individu, berpasukan lelaki dan campuran serta 50m pistol lelaki pada edisi kali ini, selepas gagal membawa pulang sebarang pingat daripada edisi lepas di Filipina. Pencapaian terbaik Johnathan yang pernah beraksi di Olimpik Rio 2016 adalah di edisi 2017 Kuala Lumpur apabila berjaya membidik pingat emas acara 10m air pistol dan perak acara 50m pistol.

    Dua fasa latihan di Johor Bahru pada pertengahan Mac dan awal bulan ini, turut memberi keyakinan buat skuad menembak Malaysia selepas terpaksa berputih mata dengan pencapaian dua perak dan empat gangsa di Filipina pada 2019. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...