Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    JPD pamer ciri baharu 1-Week Bid

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 NOV – Ke arah transformasi digital selaras dengan objektif di bawah Pelan Strategik Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) 2025, Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) telah mengambil inisiatif memperkenalkan ciri terbaharu dalam platform NomborKu iaitu 1-Week Bid.

    Ciri tersebut memberi peluang kepada orang ramai selama satu minggu untuk mengikuti tawaran tertutup tanda pengenalan kenderaan (TPK) yang tidak mempunyai penender semasa dibukakan melalui Click-and-Bid secara dalam talian.

    Ia akan mula dilaksanakan bagi TPK tiga dan empat angka siri BBC pada 14 hingga 20 November. Sehubungan itu, bagi orang ramai yang berminat untuk mengikuti tawaran tertutup melalui 1-Week Bid hendaklah mempunyai e-mel yang aktif dan pembayaran menggunakan kad debit atau kad kredit untuk bagi membuat pembayaran caj perkhidmatan sebanyak $25.

    Sementara itu, resit pembayaran dan pengesahan bagi mengikuti tawaran tersebut akan dimaklumkan melalui e-mel yang didaftarkan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...