Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    JPM adakan Majlis Doa Kesyukuran

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 FEB – Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya hari ini telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri yang ke-48 tahun, bertempat di Masjid Ash-Shaliheen, Kompleks Bangunan JPM.

    Hadir pada majlis tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Hakim Syarie, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar, jemputan-jemputan khas, setiausaha-setiausaha tetap, timbalan-timbalan setiausaha tetap, dan ketua-ketua jabatan, serta pegawai dan kakitangan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin beramai-ramai yang diteruskan dengan bacaan Doa Kesyukuran, dipimpin oleh pegawai hal ehwal masjid, Masjid Ash-Shaliheen dan diakhiri dengan sembahyang Fardu Asar berjemaah.

    Majlis Doa Kesyukuran bersempena Ulang Tahun Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia yang ke-48 tahun adalah sebagai tanda merafakkan syukur dan seterusnya berdoa ke hadrat Allah SWT agar melimpahkan kurnia kesihatan, panjang umur dan kesejahteraan ke hadapan majlis Duli Yang Teramat Mulia dan juga kerabat diraja.

    Yang Berhormat Menteri di JPM dan Yang Berhormat Ketua Hakim Syarie hadir semasa Majlis Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Hari Puja Usia DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah yang diadakan di Masjid Ash-Shaliheen, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...