Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    JPM sambut Israk Mikraj 1443H

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MAC – Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya telah mengadakan Majlis Sambutan Israk Mikraj 1443 Hijrah, bertempat di Dewan Bankuet, Bangunan JPM, Bandar Seri Begawan, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud.

    Turut hadir ialah para jemputan khas, setiausaha-setiausaha tetap, timbalan-timbalan setiausaha tetap dan ketua-ketua jabatan serta para pegawai dan kakitangan di JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Majlis berkenaan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan bacaan ayat suci Al-Quran yang dibacakan oleh Lans Korporal Ahmad Raihan bin Begawan Mudim Haji Metassim.

    Di samping itu, bagi menyerikan lagi majlis sambutan berkenaan, ceramah khas bertajuk ‘Sembahyangku Kerana Allah’ disampaikan oleh penceramah undangan dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Kapten Mohd Ayza Azrine bin Ayahani.

    Dalam ceramah beliau, menyentuh mengenai mustahaknya mengetahui tujuan di sebalik pensyariatan ibadah sembahyang. Penceramah turut mengongsikan tentang tatacara untuk mencapai khusyuk dalam sembahyang agar tujuan sembahyang itu benar-benar dapat dicapai.

    Majlis berkenaan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat bagi memohon keberkatan dan perlindungan Allah SWT.

    Majlis Sambutan berkenaan juga merupakan antara kegiatan keagamaan tahunan anjuran JPM dan pada tahun ini, ia dikendalikan secara bersama oleh Bahagian Wawasan, Kewangan dan Kabinet, JPM dengan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti semasa menghadiri Majlis Sambutan Israk Mikraj 1443 Hijrah, kelmarin. – Gambar serahan JPM
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...