Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    JPM teruskan majlis tadarus

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 APRIL – Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya hari ini meneruskan lagi Majlis Bertadarus sempena bulan Ramadan 1443 Hijrah di Masjid Kampung Limau Manis.

    Hadir pada majlis tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud selaku tetamu kehormat majlis.

    Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Awang Sulaiman bin Alidin, setiausaha-setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan serta pegawai dan kakitangan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Majlis didahului dengan penyampaian sumbangan wakaf keperluan masjid berkenaan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada Pegawai Hal Ehwal Masjid Kampung Limau Manis, Awang Rozaime bin Haji Bunal.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah disusuli dengan tadarus Al-Quran dan kemudiannya diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

    Acara tadarus anjuran JPM seterusnya akan dikendalikan di Masjid Hassanal Bolkiah Rancangan Perumahan Negara (RPN) Mentiri pada 14 April nanti.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti menyampaikan wakaf keperluan masjid kepada Awang Rozaimie pada majlis tadarus di Masjid Kampung Limau Manis.
    Antara jemputan yang hadir pada majlis anjuran JPM dan jabatan di bawahnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...