Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Juara Liga Super 2022 sasaran utama KDA FC

    KUALA LUMPUR, 9 FEB – Adakah saingan Liga Super musim ini bakal menyaksikan munculnya pasukan yang mampu menamatkan penguasaan juara lapan kali berturut-turut Johor Darul Ta’zim (JDT)?

    Persoalan itu timbul berikutan sasaran diletakkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kepada skuad Kedah Darul Aman (KDA) FC, menjelang sepak mula Liga Super yang dijadualkan bermula awal bulan hadapan.

    Malah, Muhammad Sanusi turut melontarkan keyakinan KDA FC mampu merampas kejuaraan yang dinikmati JDT itu sejak 2014, sekiranya faktor isu kewangan tidak lagi menghantui pasukan musim ini.

    “Kita punya resipi adunan cukup hebat, orang Kedah bila kata pulun maksudnya memang buat sehabis baik dan tak ada lagi halangan di depan, cuma tinggal masalah kewangan itu sahaja.

    “Saya rasa kalau adunannya termasuk dari aspek kewangan yang saya ibaratkan macam garam, cukup cantik, saya rasa JDT bukan lawan kita. Kita akan jadi juara Liga Super,” katanya pada sidang media Majlis Memperkenalkan Penaja dan Rakan Rasmi pasukan bagi musim 2022 hari ini.

    Pada masa sama, Penaung KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata selain menjuarai Liga Super, pasukan turut menyasarkan merangkul satu lagi kejuaraan di peringkat domestik iaitu antara Piala FA dan Piala Malaysia. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...