Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    WHO gesa negara kaya biayai program COVID-19

    GENEVA, 9 FEB – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa negara kaya menyumbang kepada dana ‘perkongsian saksama’ yang diperlukan untuk memerangi COVID-19, dengan menyumbang AS$16 bilion sebagai keperluan terdesak.

    Katanya, rangsangan tunai segera terhadap Mempercepatkan Akses kepada Peralatan Membanteras Covid (ACT-A) itu berupaya menamatkan COVID-19 sebagai kecemasan kesihatan global pada tahun ini.

    ACT-A yang diterajui WHO bertujuan membangun, menghasil, memperoleh dan mengagihkan peralatan bagi menangani pandemik termasuk vaksin, ujian, rawatan serta peralatan perlindungan diri (PPE).

    Seterusnya ACT-A memperkenalkan COVAX, yang ditubuhkan untuk memastikan negara miskin mampu mengakses bekalan vaksin secara saksama berikutan negara kaya sudah menempah dos berlebihan dari negara pengeluar.

    COVAX dilaporkan sudah mengagihkan bekalan berbilion dos vaksin pada pertengahan Januari.

    Bagaimanapun, ACT-A memerlukan kira-kira AS$23.4 bilion bagi menampung program yang dilaksanakan antara Oktober lalu sehingga September depan, namun sehingga kini hanya berjaya mengumpul AS$800 juta.

    Justeru, skim itu memerlukan dana pendahuluan sebanyak AS$16 bilion daripada negara kaya untuk ‘menampung pembiayaan segera’, dengan selebihnya dibiayai sendiri oleh negara berpendapatan sederhana. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...