Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Jumlah kes COVID dijangka stabil dalam masa terdekat

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – Jumlah kes COVID yang dilaporkan di negara ini menunjukkan sedikit peningkatan dalam masa beberapa hari kebelakangan ini.

    “Perkara ini adalah seperti yang dijangkakan berikutan pengurangan langkah-langkah pengawalan COVID bermula 1 Jun yang lalu, seperti tidak ada lagi had sekatan perkumpulan ramai, tidak ada had umur bagi jemaah yang hadir ke masjid dan sebagainya,” jelas Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar.

    Beliau berkata demikian semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

    Menurut beliau, jumlah kes dijangka akan menjadi lebih stabil dalam masa terdekat. Yang Berhormat Menteri Kesihatan menasihatkan orang ramai agar tidak berasa cemas atau bimbang dengan keadaan ini kerana lebih 99 peratus daripada kes-kes berkenaan adalah di dalam kategori 1 dan 2.

    “Terus laksanakan tanggungjawab sosial masing-masing seperti memakai pelitup muka dan mengasingkan diri daripada orang lain jika berasa kurang sihat serta dinasihatkan untuk mengambil vaksin dos penggalak COVID bagi mereka yang belum lagi mendapatkannya,” tekan Yang Berhormat Dato.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...