Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Jumlah kobran pertempuran meningkat 32

    TRIPOLI, 28 OGOS – Pertempuran antara penyokong pesaing kerajaan Libya telah mengorbankan sekurang-kurangnya 32 orang dan mencederakan yang lain, kata kementerian kesihatan hari ini dalam perkembangan angka kematian yang dikemas kini, selepas pertempuran yang mencetuskan kebimbangan konflik baharu.

    Kumpulan bersenjata telah melakukan serangan balas yang telah merosakkan beberapa buah hospital dan membakar bangunan yang tercetus pada lewat Jumaat, pertempuran paling teruk di ibu negara Libya sejak gencatan senjata pada tahun 2020.

    Sejak lewat Sabtu, keadaan agak tenang dengan penduduk sekitar berada dalam keadaan yang berhati-hati, lapor seorang wartawan AFP.

    Pertempuran itu berlaku selepas berbulan-bulan ketegangan memuncak antara penyokong Abdulhamid Dbeibah dan Fathi Bashagha, yang pentadbiran saingannya berusaha untuk memimpin negara Afrika Utara itu, sekali gus menyaksikan lebih sedekad keganasan sejak pemberontakan pada tahun 2011.

    Pentadbiran Dbeibah, yang berpusat di ibu negara sebagai sebahagian daripada proses damai yang diketuai oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) selepas tamat pertempuran besar terakhir pada 2020, setakat ini menghalang Bashagha daripada memegang jawatan di sana, dengan alasan bahawa pentadbiran seterusnya haruslah dilantik melalui proses pilihan raya.

    Bashagha dilantik oleh parlimen Libya yang berpangkalan di timur awal tahun ini dan disokong oleh ketua tentera timur yang berkuasa Khalifa Haftar, yang melakukan cubaan pada tahun 2019 untuk merampas ibu kota itu secara paksa bertukar menjadi perang saudara selama setahun.

    Bashagha pada mulanya menolak menggunakan kekerasan untuk mengambil alih kuasa di Tripoli tetapi sejak itu memberi bayangan dia boleh menggunakan kekerasan.

    Libya terjerumus ke dalam konflik politik berikutan penggulingan dan pembunuhan Muammar Gadaffi pada tahun 2011 dalam pemberontakan disokong negara Barat, dengan pelbagai kumpulan bersenjata dan kuasa asing merebut kuasa.

    Misi PBB di Libya menyeru menghentikan serta-merta permusuhan, memetik “pertempuran bersenjata yang berterusan termasuk tembakan secara sembarangan di kawasan kejiranan penduduk awam”. – AFP

    Tentera Libya dikerahkan di Tripoli, Libya pada 27 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...