Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    PM Perancis umum dana AS$1.5 bilion peralihan ekologi

    PARIS, 28 OGOS – Perdana Menteri Perancis, Elisabeth Borne pada Sabtu mengumumkan peruntukan dana lestari bernilai AS$1.5 bi-lion dalam usahanya meminta pihak berkuasa tempatan mempercepatkan peralihan ekologi di negara itu, lapor Xinhua.

    Dalam temu bual dengan akhbar harian Perancis Le Parisien, perdana menteri berkata dana lestari itu akan membantu pihak berkuasa tempatan untuk ‘melaksanakan penyelesaian mengurangkan pelepasan wasap rumah hijau dan menyesuaikan diri dengan perubahan iklim’.

    Borne berkata beliau akan membentangkan pelan tenaga dan tindakan jangka panjang mengenai perancangan ekologi. “Perubahan iklim bukan lagi suatu risiko, tetapi realiti. Oleh itu, kita mesti bertindak cepat untuk menyesuaikan diri,” kata Borne.

    Rakyat Perancis boleh ‘bertenang’ kerana kerajaan tidak akan membiarkan “harga tenaga melambung tinggi”, katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...