Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Jurnalis Britain, pegawai peribumi Brazil hilang di Amazon

    RIO DE JANEIRO, 7 JUN — Seorang wartawan Britain dan pegawai hal ehwal orang asli masih hilang di kawasan terpencil Amazon, Brazil dan pihak berkuasa berkata mereka sedang memperluaskan usaha mencari di kawasan tersebut, yang merupakan kawasan konflik ganas antara nelayan, pemburu haram serta ejen kerajaan.

    Dom Phillips, yang merupakan penyumbang tetap akhbar Britain, Guardian dan Bruno Araujo Pereira kali terakhir dilihat pada Ahad lalu di komuniti Sao Rafael, lapor persatuan Univaja di wilayah Orang Asli Vale do Javari, yang mana Pereira merupakan seorang penasihat di sana.

    Kedua-duanya pulang dengan bot dari Vale do Javari dan menuju ke bandar Atalaia do Norte, kira-kira sejam perjalanan, tetapi tidak pernah muncul.

    Pereira ialah salah seorang pekerja paling berpengalaman dalam agensi hal ehwal orang asli Brazil yang beroperasi di kawasan Vale do Javari.

    Dia sebelumnya telah menerima pelbagai ancaman daripada nelayan dan pemburu haram, namun biasanya akan membawa bersamanya sepucuk pistol.

    Manakala Phillips, yang telah melaporkan berita dari Brazil selama lebih sedekad, sedang mengusahakan sebuah buku tentang pemuliharaan Amazon dengan sokongan daripada Yayasan Alicia Patterson.

    Mereka hilang ketika pulang dari lawatan dua hari ke wilayah Tasik Jaburu, tempat Phillips menemu bual orang Asli tempatan, kata Univaja.

    Hanya mereka berdua sahaja yang dikatakan berada di dalam bot.

    Untuk rekod, pada September 2019, seorang pekerja agensi hal ehwal orang asli ditembak mati di Tabatinga dan jenayah itu tidak pernah diselesaikan hingga kini. – AP

    Gambar fail menunjukkan wartawan Britain, Dom Phillips (kanan) dan seorang lelaki orang asli Yanomami berjalan di kampung Maloca Papiu, negeri Roraima, Brazil pada 2019. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...