Monday, March 27, 2023
29.9 C
Brunei

-

Jurulatih didakwa, ‘ganggu’ atlet wanita

NEW DELHI, 9 JUN – Seorang jurulatih India didakwa atas tuduhan melakukan serangan seksual terhadap atlet wanita berbasikal dan mengugut untuk menjejaskan kerjayanya jika menolak permintaannya, telah dipecat oleh pihak berkuasa sukan kebangsaan.

Atlet tersebut, yang tidak mahu namanya disebut, mendakwa bahawa jurulatih pasukan pecut kebangsaan, RK Sharma telah melakukan percubaan memaksa untuk melakukan perkara tidak senonoh di sebuah hotel semasa menjalani latihan di Slovenia.

“Jurulatih itu mengatakan bahawa saya sepatutnya berkelakuan seperti isterinya kerana dia menyukai dan ingin menjadikan saya sebagai isterinya,” menurut aduan bertulis atlet tersebut, dilaporkan akhbar Indian Express, kelmarin.

“Saya sangat khuatir terhadap keselamatan, kesihatan dan kehidupan saya,” katanya.

Atlet tersebut mengatakan bahawa Sharma juga mengugut untuk merosakkan kerjayanya dengan menyingkirkannya dari akademi sukan elit dan memastikan masa depannya akan ‘menjual buah-buahan di tepi jalan sahaja.”

Pihak berkuasa dalam Sukan India (SAI) memecat jurulatih berkenaan kelmarin dan kesemua kontinjen berbasikal India diarahkan untuk pulang dari Slovenia, seminggu sebelum sesi kem latihan tersebut tamat. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -