Wednesday, May 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    Justin Bieber larang isteri berbaik dengan Selena Gomez

    Minggu lalu tular beberapa foto menyaksikan kemesraan di antara model Hailey Bieber dan penyanyi Selena Gomez ketika mereka menghadiri malam gala Academy Museum di Los Angeles.

    Meskipun kedua-dua selebriti terkenal itu dikatakan bermasam muka namun foto yang diambil oleh Tyrell Hampton itu menunjukkan sebaliknya dan ia bukti mereka tidak bermusuhan.

    Bagaimanapun, suami Hailey iaitu Justin Bieber yang juga bekas kekasih Selena tidak gembira dengan keakraban yang ditonjolkan.

    Memetik laporan Geo News, Justin juga dikatakan memberi amaran kepada Hailey agar tidak menjalinkan hubungan rapat dengan Selena.

    Kata Justin, dia bimbang jika berlaku sesuatu yang tidak diingini di antara mereka kelak.

    “Dia memberi amaran kepada Hailey untuk menjauhkan diri daripada Selena kerana takut sesuatu yang buruk berlaku,” katanya.

    Terdahulu, hubungan Hailey dan Selena didakwa dingin gara-gara model itu dikatakan merampas Justin daripada penyanyi berkenaan.

    Sejak Justin dan Hailey berkahwin, pasangan itu sering menjadi sasaran warganet dan menunjukkan rasa kasihan terhadap Selena.

    Hailey dalam satu temu bual bagaimanapun menyangkal semua dakwaan berkenaan malah menegaskan hubungannya dengan Selena baik-baik sahaja. – Agensi

    Justin beri amaran kepada Hailey agar tidak rapat dengan Selena. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...