Sunday, May 19, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Macron lawat tapak tentera, pameran senjata

    PARIS, 27 OKT – Dalam menunjukkan kehebatan ketenteraan Perancis, Presiden Emmanuel Macron melawat kawasan tembakan meriam Caesar dan kemudahan ujian peluru berpandu hari ini bersama menteri tenteranya.

    Istana presiden Elysee berkata lawatan presiden ke pusat ujian Direktorat Am Persenjataan dan melihat aktiviti pembuatan peluru di tapak Nexter Arrowtech kedua-duanya di wilayah Cher di tengah Perancis bertujuan untuk mengingatkan “objektif pengeluaran untuk menghasilkan bahan yang cukup, lebih cepat dan pada harga yang terkawal.”

    Ia datang empat bulan selepas Macron menetapkan keperluan untuk menyesuaikan tentera Perancis dengan keadaan baharu di tengah-tengah perang di Eropah.

    Pada Jun, pemimpin Perancis tersebut mengarahkan menteri angkatan tenteranya untuk menilai semula strategi ketenteraan dan pembuatan senjata kerana “perang intensiti tinggi yang telah kembali ke bumi Eropah.” Beliau berkata bahawa Perancis mesti meningkatkan kapasiti dan kemajuan ketenteraannya.

    Retorik dan lawatan Macron di Cher menyerlahkan dilema ramai anggota NATO, yang telah menghantar senjata bernilai berbilion dolar ke Ukraine untuk membantu usaha perang namun menyedari keperluan untuk bersiap sedia jika Rusia menyasarkan mereka seterusnya. – AP

    Presiden Perancis Emmanuel Macron bercakap dengan seorang kadet di gudang pembaikan helikopter Puma di sekolah tentera di Bourges, selatan Paris. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...