Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Sambutan HAWE meriah

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN 27 OKT – Sempena memperingati Hari Antarabangsa Warga Emas (HAWE) ke-32 yang diraikan setiap 1 Oktober, Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Daerah Brunei dan Muara tidak ketinggalan dalam mengungkayahkan Majlis Sambutan HAWE yang berlangsung di pusat berkenaan di Lambak Kanan, baru-baru ini.

    Hadir menyaksikan majlis tahunan tersebut ialah Pemangku Ketua Bahagian Warga Emas dan Pencen, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dayang Noor Afinah binti Abu; dan Ketua Bahagian Penyelidikan, Dokumentasi dan Pengiktirafan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), KKBS, Hajah Haireni binti Haji Awang Damit.

    Turut hadir ialah Pengurus PKWE Daerah Brunei dan Muara, Haji Mohd Yussof bin Mohd Salleh; Timbalan Pengurus PKWE, Dayang Normah binti Jurulaki Haji Mohsin; dan Setiausaha PKWE Daerah Brunei dan Muara, Hajah Fatimah binti OKSU Haji Basah; serta ahli-ahli pusat tersebut.

    Majlis diserikan dengan pelbagai persembahan menarik berkonsepkan nilai-nilai budaya tradisi orang-orang Melayu oleh ahli-ahli pusat secara berkumpulan mahu pun perseorangan. Acara menarik termasuk alunan syair yang disampaikan oleh Haji Kiprawi bin Haji Omarali, persembahan seruling oleh Haji Bakar bin Haji Bungsu, persembahan badundang dan bermukun.

    Majlis diserikan dengan persembahan badundang oleh ahli-ahli Pusat Kegiatan Warga Emas di PKWE, Lambak Kanan, baru-baru ini. – Gambar serahan PKWE Daerah Brunei dan Muara
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...