Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Kaji semula mekanisme ADMM

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OKT – Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) terus memainkan peranan penting sebagai sebuah platform bagi menegakkan perpaduan ASEAN di sebalik landskap serantau yang berubah.

    Dengan cabaran-cabaran terus bertambah, adalah amat mustahak kita menekankan komitmen dalam mengukuhkan kerjasama pertahanan ADMM ke arah memastikan keamanan, kemakmuran dan kestabilan rantau ini.

    Oleh itu, Negara Brunei Darussalam merasakan timbulnya keperluan untuk melihat ke arah masa hadapan ADMM demi memastikan ADMM sudah bersedia, berdaya tahan dan mampu untuk menyesuaikan diri serta pada masa yang sama, memastikan sektor pertahanan terus menyokong Komuniti ASEAN yang meluas dalam menghadapi cabaran-cabaran akan datang.

    Perkara tersebut ditekankan oleh Setiausaha Tetap (Dasar, Kewangan dan Pentadbiran), Kementerian Pertahanan, Kolonel (B) Norsuriati binti Haji Sharbini selaku Ketua ADSOM Negara Brunei Darussalam dalam ucapan alu-aluannya pada Bengkel A Future-Ready ADMM: A Strategy Paper, yang diadakan di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, hari ini.

    Sentimen itu, tambahnya lagi, ditekankan dalam Kertas Strategi yang diharap dapat dicapai di mana ia memberikan trajektori yang jelas bagi ADMM dalam tahun-tahun mendatang di sebalik landskap strategi yang berubah dengan pantas, serta memastikan suara kolektif semua negara anggota ASEAN dan Sekretariat ASEAN.

    Antara yang menghadiri ADMM tersebut yang diadakan di Hotel Antarabangsa Rizqun.

    Dalam hubungan itu, Kolonel (B) Norsuriati menyeru sokongan padu daripada semua rakan ASEAN di mana Kertas Strategi berkenaan akan menjadi bukti kepada usaha bersama ke arah sebuah ADMM siap siaga untuk masa hadapan.

    Bengkel yang dianjurkan oleh Negara Brunei Darussalam selama dua hari bermula 26 Oktober hingga 27 Oktober telah dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Strategi), Kementerian Pertahanan, Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud, yang juga Ketua Mesyuarat Kumpulan Kerja Pegawai-pegawai Pertahanan Kanan ASEAN (ADSOM WG) Negara Brunei Darussalam.

    Bengkel itu mengalu-alukan penyertaan delegasi dari negara-negara anggota ASEAN dan Sekretariat ASEAN serta penceramah jemputan, Profesor David Capie dari Universiti Victoria, New Zealand, secara dalam talian.

    Bengkel berkenaan antara lain bertujuan untuk membincangkan secara mendalam mengenai masa depan ADMM, termasuk perbincangan mengenai platform ADMM dalam konteks strategik semasa, sambil mengkaji semula mekanisme ADMM ke arah mngukuhkan sumbangan sektor pertahanan ASEAN kepada komuniti ASEAN yang lebih luas.

    Peserta-peserta bengkel turut membincangkan secara mendalam masa depan ADMM dengan membentangkan cadangan hala tuju platform berkenaan dalam usaha menyokong Wawasan Pasca-2025 Komuniti ASEAN.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...