Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Kakitangan awam dipenjara bocor langkah-langkah COVID-19

    SINGAPURA, 24 MEI – Mahkamah Singapura hari ini telah menjatuhkan hukuman penjara empat minggu terhadap seorang kakitangan awam kerana membocorkan maklumat mengenai pelonggaran sekatan-sekatan koronavirus.

    Pembocoran-pembocoran sedemikian jarang berlaku di negara kota itu, di mana kerajaan mengawal ketat maklumat sensitif.

    Tetapi kes berkenaan adalah antara beberapa kejadian yang berlaku semasa pandemik di mana kakitangan awam membocorkan maklumat berkaitan COVID kepada keluarga dan kenalan-kenalan mereka sebelum ia diumumkan.

    Chua Wee Lin, 52, yang merupakan timbalan pengarah di Lembaga Perpustakaan Kebangsaan pada masa itu, membocorkan maklumat mengenai pelonggaran langkah-langkah yang telah dirancang kepada 18 orang yang lain dalam satu kumpulan WhatsApp empat hari sebelum kerajaan mengumumkan pelan-pelan berkenaan pada Jun 2020.

    Selepas menghadiri mesyuarat di mana maklumat itu dikongsi, dia menghantar mesej-mesej membutirkan tarikh bila kelab-kelab, wayang dan restoran di negara itu akan dibenarkan dibuka semula selepas penutupan separa Singapura, menurut dokumen-dokumen mahkamah. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...