Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Kanada arah firma China jual aset litium

    OTTAWA, ONTARIO, 3 NOV – Tiga syarikat China telah diarah untuk menjual aset perlombongan litium di Kanada selepas kerajaan negara itu mengenakan had ke atas penglibatan asing dalam membekalkan ‘galian kritikal’ yang digunakan dalam bateri dan produk berteknologi tinggi.

    Perintah kelmarin itu dibuat di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat antara Barat dan China berhubung kawalan sumber litium, nadir bumi, kadmium dan mineral lain yang digunakan dalam telefon bimbit, turbin angin, sel solar, kereta elektrik dan teknologi yang baru muncul.

    Pelombong China melabur dalam pengeluaran di Afrika, Amerika Latin, Kanada dan tempat lain disebabkan Parti pemerintah Komunis menggalakkan pembangunan kereta elektrik, tenaga bersih dan industri teknologi lain.

    Menteri Inovasi Francois-Philippe Champagne minggu lalu mengumumkan sekatan ke atas penglibatan syarikat milik negara asing dalam menghasilkan ‘galian kritikal’. Beliau berkata pelaburan dalam sebarang saiz akan diluluskan hanya atas ‘dasar yang luar biasa’. Kerajaan Barat mahu rantaian bekalan perindustrian dikawal oleh sekutu berikutan serangan Rusia ke atas Ukraine, yang mengganggu pasaran minyak dan gas global, dan ketegangan dengan China, yang mengeluarkan kebanyakan nadir bumi di dunia.

    Sinomine (Hong Kong) Rare Metals Resources telah diarah untuk menjual pegangannya dalam Power Metals Corp., yang berpangkalan di Vancouver, yang mempunyai projek penerokaan untuk litium, cesium dan tantalum di utara Ontario.

    Chengze Lithium International Ltd. dikehendaki melepaskan kepentingannya dalam Lithium Chile Inc., sebuah syarikat di Calgary dengan projek litium yang sedang dijalankan di Chile.

    Manakala Zangge Mining Investment telah diarahkan untuk menjual pegangannya dalam Ultra Lithium Inc. Vancouver, yang mempunyai projek litium dan emas di Kanada dan Argentina. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...