Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Katil serba canggih untuk wartawan Olimpik Beijing

    BEIJING, 9 FEB – Dengan pergerakan amat terbatas, wartawan dalam gelembung Olimpik Beijing digalakkan tidur semasa menjalankan tugas mereka.

    Mereka tidak dapat mengunjungi bilik kampung tempat peserta tinggal, tetapi mereka boleh mencuba katil canggih yang digunakan oleh atlet.

    Beberapa koridor di pusat media utama didereti dengan ‘kabin tidur,’ unit kecil yang dibuka dengan kod QR dan mengandungi katil.

    Katil boleh diselaraskan oleh alat kawalan jauh malah mempunyai ‘mod graviti sifar’ bertujuan mengurangkan stres dalam badan – awda tidak terapung, namun ia rasa amat selesa.

    Beberapa wartawan tidur dalam kabin, sementara yang lainnya mencari tempat yang tenang untuk menulis berita membawa bersama komputer mereka.

    Zhao Yufeng, jurucakap pembuat kabin Keeson Technology Corp berkata 30 hingga 40 orang sehari telah menggunakan katil berkenaan setakat ini.

    “Kami telah menempatkan kabin tidur di sini untuk wartawan untuk memberikan persekitaran selesa untuk bekerja, rehat dan bersantai,” katanya.

    Namun bukan semua orang yang berasa teruja untuk tidur dalam unit yang dapat dilihat oleh sesiapa yang berjalan melintasinya.

    Guido Santevecchi, wartawan Itali, berkata unit tersebut mengingatkannya tentang wad psikiatrik.- AP

    Kabin tidur serba canggih di pusat media Olimpik Beijing membolehkan wartawan tidur atau mendapatkan urutan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...