Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Achey pening perlu terima vaksin penggalak

    Muat naik pelawak terkenal dan verstail tanah air, Achey di Instagram menarik perhatian orang ramai dalam media sosialnya. Perkongsian pelawak tersebut berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan, di mana penerima vaksin jenis Sinovac perlu mendapatkan dos penggalak sebelum 1 Mac ini.

    Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan itu membuatkan Achey berasa pening kepala kerana dirinya merupakan penerima vaksin jenis Sinovac, dan dalam hantarannya di Instagram pelawak ini mengatakan hanya mampu solat sunat dalam kapsyen ringkasnya.

    “Aku Sinovac (emoji pening kepala)

    “Solat sunat banyak-banyak…,” tulisnya.

    Melihat perkongsian pelawak terkenal itu di media sosial, orang ramai mula membanjiri ruangan komen perkongsian tersebut.

    Perkongsian Achey di Instagram menarik perhatian orang ramai berikutan kenyataan penerima vaksin jenis Sinovac perlu mendapatkan dos penggalak sebelum 1 Mac ini. – Agensi

    Ramai yang berkongsi pandangan mereka dengan meluahkan rintihan hati yang risau dan ada juga yang berkongsi pengalaman telah menerima dos penggalak secara positif.

    “Bertabahlah abang @acheykintangkintung saya pun sama juga”

    “Sama lah saya Sinovac juga….”

    “Sama pun sama…….”

    “Saya juga Sinovac klan. Dah booster awal bulan Disember tahun lepas. Alhamdulillah hidup lagi nih.”

    Untuk makluman, Menteri Kesihatan mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat Malaysia yang menerima vaksin jenis Sinovac perlu mendapatkan dos penggalak sebelum 1 Mac ini nanti, dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan status di aplikasi MySejahtera tidak lengkap. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...