Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Kawasan tanah di bawah HoB penting untuk penyimpanan karbon

    KUCHING, 2 OGOS – Kawasan tanah di bawah inisiatif pemuliharaan Heart of Borneo (HoB) menawarkan kepentingan yang kritikal untuk penyimpanan karbon, kata Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh.

    Justeru, beliau berkata inisiatif HoB itu akan mendapat manfaat daripada pindaan ke atas Kanun Tanah Negeri dan Ordinan Hutan yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini, khususnya dalam memantau aktiviti karbon di negeri ini.

    “Takrifan hasil hutan yang lebih luas dengan memasukkan karbon hutan dalam pindaan Ordinan Hutan akan memperkukuhkan pengurusan hutan di negeri ini selain meningkatkan hasil negeri melalui ekonomi hijau.

    “Oleh itu, mekanisme penyimpanan dan perdagangan karbon adalah satu lagi bidang kajian yang perlu dititikberatkan oleh penyelidik dan pegawai,” katanya ketika berucap pada Seminar Ekspedisi Saintifik HoB ke Hutan Simpan Gunung Pueh di sini hari ini.

    Len Talif berkata dengan perkembangan baharu mengenai karbon di negeri ini, aktiviti pembalakan di hutan semula jadi juga akan diminimumkan secara beransur-ansur dan aktiviti penghutanan semula dan pemulihan akan digalakkan.

    Inisiatif HoB adalah kerjasama rentas sempadan antara Brunei, Indonesia dan Malaysia bertujuan memulihara dan menguruskan tanah tinggi merentas sempadan Borneo dan sebahagian daripada kaki bukit dan tanah rendah berhampiran, yang melalui sempadan ketiga-tiga negara. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...