Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    KBRI tawar khidmat konsulat

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JULAI – Lebih 100 orang warga negara Indonesia (WNI) dan pekerja migran Indonesia (PMI) di Seria dan sekitarnya telah berkunjung Kelab Rekreasi Brunei Shell bagi mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Bandar Seri Begawan, baru-baru.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan KBRI, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam Tuan Yang Terutama Dr Sujatmiko hadir bagi memantau proses perkhidmatan yang diberikan.

    Tuan Yang Terutama menjelaskan bahawa acara berkenaan diadakan untuk membantu WNI atau PMI yang memerlukan khidmat konsulat mahupun pekerjaan.

    Menurutnya lagi, dengan kerjasama tenaga kerja kesihatan yang bekerja di Brunei, mereka turut menyediakan khidmat pemeriksaan kesihatan.

    Kenyataan menyatakan, kegiatan itu juga dimanfaatkan oleh Tuan Yang Terutama untuk berbincang langsung dengan para PMI profesional yang bekerja di Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP) mahupun perusahaan kontraktor lainnya semasa makan tengah hari.

    Pada hari seterusnya, Tuan Yang Terutama mengadakan Temu Dialog dengan warga Indonesia di Kuala Belait yang dihadiri sekitar 50 orang.

    Diadakan di kediaman Ustaz Syarif, salah seorang tokoh WNI dan PMI di Kuala Belait, Tuan Yang Terutama dan warga Indonesia berdialog secara terbuka untuk mengetahui masalah dan kebimbangan WNI dan PMI di Belait sekali gus berusaha mencari jalan penyelesaiannya.

    Tuan Yang Terutama memuji kerukunan dan kerjasama warga Indonesia di Kuala Belait serta perpaduan untuk saling tolong-menolong satu sama lain.

    Selain itu, beliau turut mengingatkan mereka agar terus menghormati dan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan di Brunei meskipun sudah terasa seperti kampung sendiri.

    Acara di Seria berkenaan merupakan kegiatan tahunan yang diadakan KBRI untuk menjangkau para WNI yang tinggal di luar Bandar Seri Begawan.

    Antara yang hadir di Kelab Rekreasi Brunei Shell bagi mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan KBRI baru-baru ini. – Gambar serahan KBRI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...