Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    KDNK sektor pertanian meningkat pesat

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JAN – Keluaran dalam negara kasar (KDNK) secara keseluruhannya menurun sebanyak 2.2 peratus tetapi jika dilihat mengikut pecahan, sektor pertanian menunjukkan peningkatan yang sangat ketara.

    Peningkatan dalam sektor pertanian ini, dapat membantu KDNK secara keseluruhannya, jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang
    Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah semasa memberi respons kepada penurunan peratusan KDNK yang di sebabkan oleh COVID-19.

    Yang Berhormat Dato pada sidang media hari ini menjelaskan, jika mengikut pecahan, sektor bukan minyak dan gas mencatat peningkatan sebanyak satu peratus manakala sektor minyak dan gas mencatat penurunan sebanyak 5.3 peratus.

    “Seperti suku pertama dan kedua, sektor pertanian mencatat peningkatan yang sangat ketara dan bagi suku ketiga, pertanian meningkat hampir 28 peratus,” jelasnya.

    Manakala sektor perkhidmatan turut menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 1.1 peratus dan walaupun negara berhadapan dengan gelombang kedua COVID-19 pada suku ketiga, memang terdapatnya pengurangan perkhidmatan di kedai-kedai namun peningkatan mungkin disebabkan sebahagian peniaga menjalankan perniagaan secara dalam talian.

    “Aktiviti sektor pertanian kurang terjejas walaupun semasa gelombang kedua COVID-19,” tambahnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...