Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Kebakaran East Fork melarat ke kampung asli Alaska

    ANCHORAGE, ALASKA, 12 JUN – Kebakaran besar yang membakar di tundra barat daya Alaska terus merebak ke arah perkampungan Orang Asli Alaska kelmarin, menurut kenyataan daripada pengurus bomba.

    Kebakaran di East Fork, yang berpunca daripada kilat pada 31 Mei lalu, kekal kira-kira 5 batu dari perkampungan Yup’ik di St. Mary, menurut kenyataan dari Maklumat Kebakaran Alaska Wildland.

    Kebakaran tersebut dianggarkan melanda kawasan seluas 169 batu persegi. Tundra ialah kawasan tanpa pokok yang dilitupi dengan tumbuh-tumbuhan renek, dan api dimarakkan oleh rumput dan ranting yang sangat kering yang dipenuhi dengan alder dan willow.

    Seramai 180 orang kakitangan bekerja memadamkan kebakaran, dengan lebih ramai kru dijangka akan tiba hari ini. Tiada perintah pemindahan mandatori dikeluarkan setakat ini, tetapi kira-kira 700 orang penduduk St. Mary dan komuniti berdekatan Pitkas Point telah diberitahu untuk bersiap sedia sekiranya mereka perlu keluar dari rumah.

    Sementara itu, terdapat pemindahan secara sukarela yang telah dilaksanakan pada masa ini oleh penduduk di sana, beserta komuniti lain yang tinggal berdekatan Mountain Village dan Stesen Perintis. – AFP

    Gambar menunjukkan api yang marak berhampiran komuniti St. Mary, Alaska. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...